Thursday, May 13, 2010

13 mei

13 Mei, 2010 23:58 PM

Jenazah Ashaari Selamat Dikebumi

REMBAU, 13 Mei (Bernama) -- Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat sini kira-kira pukul 10 malam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin kira-kira pukul 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.

Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

-- BERNAMA


21.12.2006
Al-Arqam ( Cerita Ceritera )
Ashaari dinasihat buat pengakuan
Oleh Wan Jailani Razak

SHAH ALAM: Seorang bekas pemimpin kanan al-Arqam meminta bekas ketuanya, Ashaari Muhammad tampil membuat pengakuan mengenai ajaran yang dibawanya sebelum lebih banyak penyelewengan didedahkan pada 8 Januari ini.

Sheikh Hussein Sheikh Omar, berkata Ashaari perlu memberi penjelasan mengenai pelbagai `keistimewaan luar biasa' yang didakwa ada pada dirinya berdasarkan catatan pada beberapa buku yang dikaitkan dengannya.
read more... http://idanradzi.easyjournal.com/entry.aspx?eid=3182733
http://pemimpinpalingajaib.blogspot.com/2007/09/abuya-ashaari-muhammad-di-umur-satu.html
http://abuyaattamimi.wordpress.com/kawan-kawan-abuya/
http://puterabanitamim.blogspot.com/2007/09/lampiran-2.html
http://www.videosgallery.com/0/tag/ustaz%20ashaari.html
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5560:lagu-mawaddah-pemimpin-ajaib-a-dia-putera-bani-tamim&catid=83:seni-dan-budaya

No comments:

Post a Comment