Friday, April 30, 2010

AMALAN YASIN

KEBERKATAN SURAH YASSIN (DR FATMAH ELZAHARAA)
Friday, October 30, 2009 3:15 PM


Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang..





Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 : Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah @ aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsebut.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…Caranya:

Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.


Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.


Tiupan pertama - Ianya Datang dengan tiba-tiba

Tiupan kedua - Hancur Semua Alam ini

Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.


Ayat 50 : Setiap manusia akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3kali.

( amat mujarab buat org yang sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan seharian.

Ayat 76 : Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa

bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”




(Ayat 78 dan 79) -

Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun

tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang

menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”


Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada

air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. Wallahualam..


1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 - Yassin baca 7x

4. Ayat 38 - 12x

5. Ayat 58 - 7x

6. Ayat 82 - 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.

9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Wallahualam.





Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:


Yasin is the jantung of Al-Quran


Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran


Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:


Child is sick, Feeling troubled, Memudahkan urusan, Memudahkan perjalanan


- As selusoh (to ease pain when giving birth)

- Read Yasin (3x) over water

- Read 3 Qul (three times each)


- Fatihah




Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)


Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati

dalam tidur, dosa diampunkan.


- Ayat 9 - “Wajaalna….”




Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..

Lindungi diri dari dianiaya, Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

- Baca Ayat 9 surah yassin

- Fatihah

- Read 3 Qul (three times each)

- Ayat Kursi

- Ayat 29 - “In kanat illa….”










Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar

kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.


- Ayat 36 - “subhanallazi..”




Untuk cari jodoh


Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari

- Ya Wadud (3x)

- Ayat 58 - “Salamun…”




Jika sakit anggota Dan Tak tenang hati

Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)

- Ayat 76 - “Falayahzun..”






Bila rasa sedih, Untuk menenangkan hati

Gosok jantung sambil baca

- Ayat 78 - 79 “dari Yuhyil Wahiya…”






Tulang patah, Sakit sendi, Sakit lutut


- Ayat 82 - “Innama amruhu..”






Jika mandul, Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan, Dry method

- Sembahyang tahjud

- Sembahyang hajat

- Doa minta hajat

- Baca ayat 100 x dengan yakin


Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)

Seperti di atas. Bila baca ayat, tiup dalam air, Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain

- Doa sambil minum

- Untuk 41 pagi

Wallahualam.






Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal

aa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.


Dalam YASSIN merangkum:

- Ilmu Pertanian <>Ø Ilmu Falak

- Ilmu Laut

- Ilmu Kiamat

- Ilmu Ciptaan Manusia

- Ilmu Binatang

- Ilmu Kenabian


Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca,

agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidupinsaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.




***** sekadar informasi *******




Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

- Buah Zaiton - Elok untuk kulit

- Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)

- Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat

yang mujarab.

- Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak, gangguan makhluk halus.




Wallahua’lam…

Thursday, April 29, 2010

RAHSIA KEKUATAN

ERTI HIDUP

Lumur badan dengan minyak gris

DIA bertekad menjadi manusia paling tua berenang menyeberangi Selat Inggeris, Julai ini. Pemilik nama Azizan Ali, 62, mahu membuktikan faktor usia bukanlah penghalang bagi menggapai impian. “Sungai di Pengkalan Asam, Kangar, Perlis yang dikatakan dihuni buaya ganas pun saya telah renang hinggakan ramai menganggap saya gila,” bicaranya yakin kepada wartawan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM.


BAU minyak gris dipercayai dapat menjauhkan serangan buaya.


APA rahsia kekuatan anda?

Tiada rahsia sebenarnya. Saya mengamalkan makan ulam-ulaman seperti jering, pegaga, mengkudu, rebung dan pucuk betik.

Kebiasaannya, saya makan ulam tersebut mentah-mentah dengan nasi. Ini bagi mengelak khasiat makanan itu hilang. Saya juga mengambil air yang banyak iaitu lapan liter sehari.

Empat biji telur separuh masak menjadi kemestian setiap pagi. Saya makan bahagian yang putih sahaja kerana yang kuning banyak lemak.

Saya juga tidak menghisap rokok dan mengamalkan tidur yang cukup iaitu selama enam hingga lapan jam sehari.

Petua lain yang berbeza dengan orang lain ialah saya banyak ketawa dan senyum. Mungkin pelik tapi penting kerana ia mampu menyihatkan.

Ini kerana apabila seseorang banyak senyum dan ketawa, ia akan mengerakkan jutaan urat dan sel muka yang mampu menyegarkan badan kita selain menghasilkan bahan kimia baik untuk tubuh.

Saya juga mengamalkan pengambilan vitamin tambahan. Ini memberikan kekuatan fizikal, sama seperti kuasa enjin kereta Lamborghini (ketawa).


AZIZAN berlatih renang sejauh 20 km setiap hari.





Mengapa lumur minyak gris ke seluruh badan semasa berlatih?

Saya berlatih renang di Sungai Pengkalan Asam. Ada orang kata saya gila kerana sungai itu didakwa ada buaya. Saya pula berenang seorang diri dengan memakai seluar renang, google serta berkaki ayam.

Jadi sebelum berenang, saya akan menyapu minyak gris (berwarna merah dan kebiasaannya untuk membaiki motosikal dan kereta) serta kapur barus pada seluruh badan.

Bau kedua-dua bahan itu cukup busuk dan mungkin menyebabkan buaya lari kerana bau saya. Kalau tidak saya pun kena berenang laju untuk selamatkan diri (ketawa).

Saya membuat latihan renang dan juga berjoging selama tujuh hari seminggu. Ini bermakna setiap hari saya membuat latihan. Waktunya pula pada pagi dan petang.

Untuk waktu pagi selepas solat Subuh, saya akan berjoging di Denai Pengkalan Asam, Kangar dan juga latihan renang di kolam renang utama, Stadium Utama, Kangar, Perlis. Secara kasarnya sejauh 20 kilometer sehari.

Biasakah anda mengalami kejang otot atau digigit ikan?

Saya pernah mengalami kekejangan otot kaki dan juga hampir lemas di Pantai Klebang, Melaka semasa menyertai satu pertandingan renang pada tahun 1995.

Mungkin kerana saya terlalu obses dan juga yakin dengan diri sampai tidak membuat latihan, menyebabkan saya hampir lemas dengan ombak setinggi dua meter. Syukur saya diselamatkan oleh pengawal pantai.

Tetapi sepanjang melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan renang selama lebih 30 tahun, saya tidak pernah digigit ikan, di sengat pari atau obor-obor. Terminum air laut perkara biasa.

Saya juga tidak pernah berhenti berdoa dan mengucap dua kalimah syahadah setiap kali berenang kerana ajal maut kita tidak tahu bila.

Apa yang ingin anda buktikan dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris?

Saya ingin buktikan orang Melayu mampu menandingi orang Eropah dan benua lain dalam pelbagai lapangan.

Malah saya ingin membuktikan faktor psikologi memainkan peranan penting bagi seseorang. Umur dan sebagainya tidak menjadi penghalang jika kita bertekad untuk berjaya. Orang berumur pun masih 'power' jika mengamalkan latihan dan pemakanan yang baik

Tuesday, April 27, 2010

OH EUN- SUN BEAT WORLD RECORD

Woman tops 14 highest peaks for 1st time: official

Oh Eun-sun AP – In this Sunday, April 18, 2010 photo released by BLACKYAK, South Korean female climber Oh Eun-son moves …

KATMANDU, Nepal – A South Korean mountaineer became the first woman to scale the world's 14 highest mountains, officials said, crawling on all fours Tuesday as she reached the last summit.

Oh Eun-sun, 44, arrived at the final, steep stretch of Annapurna in the Himalayas 13 hours after she left the last camp to beat a Spanish rival to the record. Her feat was broadcast live in South Korea by KBS television.

At the top, she pulled out a South Korean flag, waved, and then wept before throwing up her arms and shouting, "Victory!"

Officials said Annapurna was the last of the 14 peaks above 26,247 feet (8,000 meters) Oh needed to climb to set the mark. She reached the summit — 26,545 feet (8,091 meters) above sea level — 13 years after she scaled her first Himalayan mountain, Gasherbrum II, in 1997. She scaled Everest in 2004.

Oh's rival, Edurne Pasaban of Spain, has questioned whether she summited all of the 14, but the Nepal Mountaineering Association said the South Korean deserved the title.

"We recognize her achievement as the first woman climber to scale all the highest mountains in the world. We are all happy and proud of her achievement," said Ang Tshering, president of the association, which governs climbing in this Himalayan nation, home to several of the highest peaks. The mountain in dispute is partially in Nepal.

After reaching Annapurna earlier this month, Pasaban, 26, has only the 26,330-foot-high (8,027-meter-high) Mount Shisha Pangma left on her list.

The whole team was in good health and was making its way down to the base camp, expedition coordinator Song Hea-kyong said in the Nepalese capital. They were expected back in Katmandu by the weekend, Song said.

Oh also tried to summit Annapurna last year but turned away just hundreds of yards (meters) from the top because of bad weather. Snow and wind also stopped her from making the trek last weekend.

"I gave it up because of a sudden ominous feeling that something bad would happen to either me or my peers, including the sherpas, on my way back to base camp," she told The Korea Times newspaper last month.

She said this trip would be different, adding that she would be carrying a photograph of Ko Mi-young, a lifelong rival who fell to her death last year while descending from Nanga Parbat, the world's ninth-highest peak.

On Tuesday, KBS footage showed Oh breathing heavily after each step in minus-20 Fahrenheit (minus-29 Celsius) temperatures on snowy Annapurna.

"I'm so happy, and I would like to share this joy with the South Korean people," said an emotional Oh, murmuring, "Thank you, thank you."

President Lee Myung-bak sent a congratulatory message, saying South Koreans were "awakened to her great spirits of challenge," according to his office.

"She is really great and I'm proud of her," he said.

Oh's quest has met with some controversy, after Pasaban publicly questioned whether she had in fact summited Kanchenjunga, the world's third-highest peak. Photos taken of that trek did not clearly prove she had reached the top. She dismissed the criticism.

"I can say that I have stood at the summit of Mount Kanchenjunga," she told reporters in Seoul late last year, according to Yonhap news agency. "It was bad weather. Three sherpas told me that I reached the top, and one of them took the picture."

Oh has described mountain climbing as an addiction.

"For a while after a successful climb, I seriously consider quitting," she told The Korea Times. But "I find my heart longing for the exhilaration I had on the top of a summit."

___

Associated Press writer Jean H. Lee contributed to this report from Seoul, South Korea.

Sunday, April 25, 2010

TSUNAMI UDARA

Gempita tsunami udara

Letusan gunung berapi yang dilitupi ais di Iceland telah menyebabkan negara-negara Eropah diselubungi debu hitam minggu ini.




“IA sangat aneh, hanya satu kejadian gunung berapi seluruh Eropah terjejas,” kata Claire Maertens, 49, seorang pelancong Belgium yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand kerana penerbangan ke kampung halamannya di barat laut Eropah dibatalkan ekoran fenomena letusan gunung berapi di bawah glasier di Iceland.

Hakikatnya memang begitu. Kepulan debu hitam daripada letusan Gunung Berapi Eyjafjallakokull, Iceland minggu lalu itu telah meliputi seluruh langit Eropah.

Ia menyebabkan 100,000 penerbangan yang merentasi ruang angkasa benua itu dibatalkan dan syarikat penerbangan kerugian sebanyak AS$1.7 bilion (RM5.44 bilion) iaitu yang terburuk dalam sejarah.

Seramai 1.2 juta penumpang terkandas setiap hari telah mencorakkan pelbagai ragam dan huru-hara. Tidak kurang yang naik angin apabila bercerita terlepas urusan perniagaan, temu janji dan majlis perkahwinan.

Anak Malaysia yang menetap di Dublin, Ireland, Hazman Abdul Hamid, 37, merasa tempiasnya akibat letusan itu.


KILAT terbentuk dalam asap letusan akibat geseran antara partikel di dalamnya.


Tertangguh

Sebagai Pengurus Sumber di sebuah syarikat rekaan dalaman, Brian S. Nolan resah kerana barang yang ditempah masih belum tiba biarpun pesanan dibuat sebelum beliau bercuti Spring Week lagi.

“Saya masih menunggu ketibaan barang-barang yang telah dipesan dari United Kingdom, Eropah dan beberapa bahagian dunia yang lain.


KIRA-KIRA 700 penduduk di sekitar Eyjafjallakokull diarah meninggalkan kediaman masing-masing.


“Sepatutnya semua barang itu tiba sebaik saya pulang daripada bercuti tetapi nampaknya kerja terpaksa ditangguhkan dan saya perlu terus menunggu sehingga laluan udara dibuka dan kesemua barang yang dipesan tiba,” kata Hazman.

Ketika dunia sedang panik berdepan dengan kesan letusan gunung berapi itu, chef tersohor negara dan diiktiraf dunia, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail, 52, sedang terkandas di London.

“Saya sedang bingung sekarang. Saya tidak tahu sampai bila saya akan terkandas di sini.

“Dua, tiga malam sejak kebelakangan ini memang saya tidak nyenyak tidur kerana saya sepatutnya sudah terbang pulang ke Malaysia pada 19 April lalu untuk memenuhi beberapa undangan,” ujarnya ketika dihubungi Rabu lalu.


TERKANDAS di lapangan terbang ialah antara kesan yang jelas kelihatan susulan dari musibah letusan Eyjafjallakokull.


Sepatutnya, jika merujuk jadual yang telah diatur, Chef Wan sedang berucap dalam sebuah seminar di Petronas Melaka pada hari itu.

Pada 25 April pula, beliau bertanggungjawab membuat demonstrasi pada Pesta Makanan Selangor yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.




Terbang langsung ke London dari Pulau Mauritius lima hari sebelum itu, Chef Wan berada London bagi membuat rakaman televisyen sebagai tetamu siri The Market Kitchen untuk saluran UK Food Network.

“Pada masa yang sama saya memenuhi undangan untuk membuat persembahan masakan di World Gourmand Cookbook Celebrity Chef Performance Theater sempena Pesta Buku London,” kongsinya.

Pemandangan kelam-kabut di kaunter tiket kereta api dan feri di mana kesemua tiket untuk dua minggu habis ditempah juga tidak membantu mententeramkan perasaannya. Sedangkan cuaca di London pada ketika itu, kata Chef Wan, masih cerah.

“Orang ramai sudah mula bimbang kalau-kalau letusan gunung berapi itu bertambah serius. Kalau ia terjadi, bencana alam besar menanti.

“Terfikir juga, kalau ditakdirkan saya meninggal dunia kerana bencana itu, biarlah di tanah air sendiri, bukan di negara orang,” luahnya yang mendapat berita tentang letusan itu melalui jurukamera ketika membuat rakaman. Melihat paparan klip rakaman letusan itu di televisyen juga sudah menakutkannya.

“Suasana di sini menjadi kelam-kabut. Saya menjadi takut ketika melihat laporan berita bahawa orang ramai sehinggakan bertumbuk di lapangan terbang kerana hilang sabar berebut hendak menuju ke destinasi masing-masing.

“Dalam fikiran saya tanda-tanda kecil kiamat sudah bermula kerana mengenangkan ceramah ulama yang sempat saya dengar, manusia digambarkan menunjukkan perangai buruk mereka dalam keadaan seperti ini ketika menghampiri kiamat,” luah Chef Wan.

Rancang Chef Wan, beliau mahu cuba menaiki feri ke Perancis pada keesokan harinya.

Jalan pulang

“Mana tahu ada feri tambahan ke Perancis. Sampai di Perancis saya akan cuba dapatkan feri ke Sepanyol dan selepas itu ke Casablanca, Maghribi. Dari sana, saya akan naik kapal terbang ke Dubai dan balik ke Malaysia,” cerita bapa kepada aktres Serena Redzuawan itu.

Berita baiknya, Chef Wan dilaporkan berjaya pulang pada Jumaat lalu melalui penerbangan langsung dari London ke Malaysia.

Berbalik kepada kejadian gunung berapi di Iceland, panggilan telefon daripada seorang pegawai perlindungan sivil pada pukul 2 pagi 15 April 2010 menjadi amaran pertama buat penduduk ladang Thorvaldseyri bahawa gunung berapi yang dilitupi ais, Eyjafjallajokull, yang berada berdekatan kediaman mereka akan meletus dalam 20 minit.

Jika mereka terus tinggal di ladang tenusu itu mereka mungkin akan dihanyutkan cairan salji akibat pembebasan tenaga yang sudah bermula di dalam gunung berapi yang terletak enam kilometer dari situ.

Itulah letusan besar-besaran kali pertama gunung berapi itu sejak tahun 1821. Selama ini ia diam sahaja dan tidak dikenali dunia.

Namun, pada hari itu, nama gunung berapi yang sukar untuk disebut itu mengisi muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa setelah menjadi penyebab ruang udara barat Eropah dan Scandinavia diselubungi debu.




Kira-kira 700 penduduk diarah meninggalkan kawasan itu. Sedangkan, lembu tenusu dan kesemua harta mereka masih di ladang itu.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, berdasarkan abu hitam yang meletus keluar daripada gunung berapi itu, maka boleh disifatkan satu letupan yang amat dalam di dalam perut bumi telah berlaku.

Terburuk

“Ia memang suatu bencana yang dahsyat. Bahkan, ada pihak yang menyifatkan ia sebagai bencana terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Ia seperti mencetuskan tsunami di udara.

“Debu kehitaman yang keluar menandakan telah berlaku letupan atau perlanggaran plat yang begitu dalam iaitu di teras bumi. Abu hitam mengandungi kandungan teras bumi seperti nikel dan besi.

“Berbanding gunung berapi yang biasa di Asia Tenggara mengeluarkan abu yang berwarna putih kerana letupan berlaku di kawasan kerak bumi,” katanya.


HASIL ternakan dan tanaman terpaksa ditinggalkan semasa kecemasan akibat bencana itu.


Jelas Mohamad Ali, keadaan gunung di Iceland yang dilitupi glasier (ais kekal) memungkinkan letusan yang datang jauh lebih dalam kerana apabila tekanan yang melibatkan permukaan berais akan menyebabkan kesan yang lebih kuat.

Letusan yang lebih kuat dan dalam menyebabkan abu naik menjulang tinggi ke langit berbanding letusan yang kurang kuat yang mengeluarkan lahar yang lebih banyak.

Mohamad Ali berkata, saintis kini percaya berdasarkan kajian dan sejarah bahawa satu lagi letusan gunung berapi akan berlaku pada kembar Eyjafjallakokull iaitu Katla dan ia 10 kali ganda lebih besar.


RISIKO pesawat yang terbang dalam kepulan asap letusan gunung berapi ialah kerosakan enjin yang membolehkannya terhempas.


Bukan itu sahaja, tidak mustahil bencana gunung berapi akan berlaku di benua-benua yang lain kerana perlanggaran plat telah berlaku. Debu hitam yang berterbangan ditiup angin juga boleh menuju ke atmosfera benua lain.

“Waktu berlaku letusan gunung berapi sukar untuk diramal. Kemungkinan juga terdapat implikasi-implikasi lain daripada letusan seperti kesihatan, perubahan iklim dan pemakanan dunia. Kalau masalah jerebu di negara kita, ia mungkin boleh terpadam dengan hujan.

“Tapi di kawasan benua yang kurang menerima hujan, ia mungkin lebih sukar untuk hilang. Saintis perlu melakukan sesuatu misalnya pembenihan hujan,” katanya.

Wednesday, April 14, 2010

PRODUK PENAMBAH TENAGA

Semburan perangsang tenaga


ANUAR memberi penyelesaian alternatif kepada masalah kelesuan dan keletihan menerusi produk Malam Jumaat?


FENOMENA cuaca panas yang membahang ketika ini secara tidak langsung mendorong ramai untuk menyejukkan diri dengan alat pendingin hawa.

Sama ada di pejabat, rumah, pusat beli-belah atau restoran semuanya bagaikan tidak lengkap tanpa alat pendingin hawa. Namun mungkin tidak ramai yang sedar pendedahan terhadap alat itu boleh meninggalkan kesan pada kesihatan.

Pendedahan kepada pendingin hawa dalam jangka masa yang panjang mengakibat seseorang berasa letih, lesu dan kurang bertenaga. "Udara yang sejuk itu secara tidak langsung menegangkan urat-urat darah dan membuatkan mereka rasa kurang bermaya," kata Pengarah Urusan Malam Jumaat Marketing, Anuar Osman.

Apabila urat-urat itu semakin tegang, ia ia akan menyebabkan tekanan dan kesakitan pada badan. Kesannya, rutin harian seseorang terjejas dan mengganggu prestasi mereka.

Bagaimanakah untuk mengembalikan tenaga yang hilang itu? Menurut Anuar, masalah tersebut dapat dibantu dengan produk terbaru keluaran syarikatnya iaitu Malam Jumaat.

Malam Jumaat adalah sejenis produk penambah tenaga. Masalah tersebut lazimnya dihadapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Produk kesihatan yang berasaskan herba itu dihasilkan dengan gabungan perubatan tradisional tetapi menggunakan teknologi yang moden.

"Selain menambah tenaga, penggunaan produk terbaru ini juga boleh membantu mengerat hubungan suami isteri. Suami isteri yang kelesuan sejurus kembali dari tempat kerja besar kemungkinan tidak begitu berminat melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka.

"Dengan adanya Malam Jumaat, mereka tidak perlu bimbang. Bahan-bahan asli yang diadun dalam bentuk semburan itu dapat membantu melancarkan aliran darah, mengatasi keletihan dan memulihkan tenaga," kata Anuar yang menjalankan perniagaan itu bersama rakan-rakannya sejak Mac lalu di Ara Damansara, Selangor.

Penyelidikan setahun

Produk yang didatangkan dalam dua jenis iaitu Malam Jumaat untuk lelaki dan Malam Jumaat untuk wanita itu dijamin seratus peratus diperbuat daripada herba. Ia juga tidak mengundang sebarang kesan sampingan kepada badan seseorang.

Bercerita lanjut mengenai pelancaran produk baru itu Anuar berkata, idea memperkenalkan produk perangsang tenaga itu tercetus melalui perbincangan bersama seorang rakan lamanya. Rakan tersebut yang peka terhadap kesan alat pendingin hawa kepada kesihatan telah memberi galakan kepada Anuar untuk menghasilkan produk Malam Jumaat.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam industri kecantikan dan kosmetik wanita tertarik dengan idea tersebut. Anuar kemudiannya memulakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk tersebut.

"Kami membuat penyelidikan dan pembangunan selama setahun sebelum memperkenalkan produk itu ke pasaran," jelas Anuar yang membuat penyelidikan selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk memasarkan produk tersebut.

Mengapakah produk tersebut dinamakan Malam Jumaat? Menurut anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu malam Jumaat menurut kefahaman masyarakat Islam adalah malam yang penuh dengan kemuliaan untuk meningkatkan ibadah.

Produk itu menurut Anuar, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kepada mereka yang kurang bersenam, Malam Jumaat sesuai digunakan bagi merangsang tenaga. Bagaimanakah cara menggunakannya ?

Hanya semburkan cecair itu di bawah lidah dua kali sehari. Selain pasangan suami isteri, para pelajar yang sering keletihan juga digalakkan mencuba produk itu untuk lebih bertenaga dan fokus kepada pelajaran.

Tambah Anuar, penyembur berona hitam dan biru itu juga mudah dibawa kemana-mana. "Penyembur berona hitam dan biru ini mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan," katanya.

Produk penambah tenaga itu dijual pada harga RM39.90 di Semenanjung Malaysia dan RM42.30 di Sabah dan Sarawak. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 03-7842 6678 atau layari laman web www.malamjumaat.com.

Friday, April 9, 2010

GILA JAHIT

Ilmu jahitan kain kapas


RUZILA menghasilkan pelbagai barangan berasaskan kain kapas seperti beg, selimut dan sarung batal.


KALAU sudah minat, apa pun sanggup dibuat. Mungkin itulah gambaran kesungguhan Ruzila Kasim, 34, apabila tidak pernah lekang dengan mesin jahit, majalah-majalah jahitan kreatif, kain kapas, benang dan komputer riba.

Semua itu adalah keperluan hobinya iaitu menghasilkan pakaian, beg, selimut atau sebarang perhiasan menggunakan kain kapas. Lebih menarik, ilmu yang diperoleh itu tidak pula disimpan sendiri, kerana Ruzila memuatkan segala pengetahuannya di dalam blog www.zilakasim.com miliknya.

Sekiranya anda melayari blog itu, pasti anda teruja melihat kesungguhan wanita tinggi lampai tersebut mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat mengenai jahitan kreatif termasuk menyalin kandungan majalah-majalah berkenaan untuk tatapan pembaca blognya.

Semua itu percuma. Pada Ruzila, tidak rugi berkongsi ilmu terutama dengan blogger lain yang mempunyai minat sama kerana mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai jahitan kreatif dan menjual produk masing-masing secara dalam talian.

"Setiap hujung minggu saya akan sibuk menyiapkan hasil jahitan, apatah lagi apabila mendapat idea baru atau kaedah-kaedah baru daripada majalah-majalah yang saya beli.


RUZILA sudah memiliki empat mesin jahit dengan mesin termahal berharga RM25,000.


"Selain itu, saya juga akan mengangkut mesin jahit ke rumah orang yang ingin mempelajari teknik jahitan kreatif. Tetapi kelas jahitan terhad pada hujung minggu sahaja memandangkan saya bekerja," kata pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat pemaju itu.

Menurut Ruzila, hobi menjahit timbul sejak tahun 2006 selepas dia terbaca mengenai jahitan kreatif di Internet sebelum mengambil keputusan memasuki kelas jahitan kreatif di Pusat Latihan Kraftangan Epal di Puchong, Selangor.

"Selepas memperoleh sijil jahitan, saya semakin seronok mengisi masa senggang dengan hobi ini dan mula mewujudkan blog khas untuk mengumpulkan segala pengetahuan yang saya ada mengenainya.

"Tetapi, tutorial di dalam blog saya sahaja tidak cukup sekiranya seseorang itu mahu terlibat secara serius di dalam bidang jahitan kreatif. Mereka mesti mendalaminya secara praktikal untuk mahir," katanya.

Hobi mahal

Jangan hanya disebabkan menjahit adalah satu pekerjaan tradisional, maka ia dilihat sebagai hobi murah. Menurut Ruzila, jahitan kreatif tidak seperti jahitan biasa kerana material yang digunakan berganda mahalnya walaupun hanya semeter kain kapas.

"Untuk menghasilkan jahitan kreatif yang berkualiti dan tahan lama, kain kapas yang terbaik digunakan. Harga kain kapas yang paling murah mencecah RM40 semeter dan kebanyakannya diimport dari Jepun.


SEGALA ilmu mengenai jahitan fabrik kapas dimuatkan Ruzila dalam blognya.


"Saya juga memiliki empat buah mesin jahit. Paling murah berharga kira-kira RM3,000 dan paling mahal ialah mesin jahit jenama Bermina dari Switzerland yang saya beli tahun lalu. Harganya RM25,000 serta mempunyai fungsi jahitan sulaman automatik," katanya.

Menurut Ruzila, sebuah beg kain kapas yang dihasilkan boleh mencecah harga RM300 setiap satu, bergantung kepada jenis material dan corak, manakala harga sehelai selimut untuk saiz kanak-kanak paling murah ialah RM150.

"Kain kapas yang berkualiti tidak mudah luntur warnanya atau terbakar apabila diseterika berbanding kain kapas yang murah. Ia juga tidak mudah didapati di kedai-kedai kain biasa tetapi mempunyai pengedarnya sendiri.

"Bagaimanapun, majalah-majalah jahitan kreatif amat mudah didapati di pasar raya Jusco dan kedai buku MPH. Harganya pula tidak mahal jika dibandingkan dengan produk jahitan yang dihasilkan," katanya yang mencadangkan majalah Female, Cutton Friend dan Cucito untuk teori jahitan kreatif.

Tambah Ruzila, walaupun sudah membelanjakan puluhan ribu ringgit, dia masih belum puas berhabis untuk hobinya itu. Dia bercadang untuk membeli sebuah lagi mesin jahit automatik berharga lebih RM30,000 yang sudah lama diidam-idamkan.

COURIER JURNAL DIGITAL



GAYA dwi-skrin yang boleh dilipat ini membawakan ciri penampilan eksklusif.


PERSAINGAN di antara gergasi teknologi maklumat, Microsoft dan Apple sejak lebih dua dekad lalu nampaknya masih belum berakhir. Kedua-dua syarikat ini tidak putus dalam menghasilkan produk terkini bagi memastikan kelangsungan mereka dalam industri.

Jika dahulu mereka berlumba-lumba dalam membangunkan sistem operasi (Windows & Macintosh), sejak akhir-akhir ini pula mereka mula mengalihkan tumpuan kepada gajet digital.

Tidak lama selepas Apple memperkenalkan tablet mereka - iPad, Microsoft tidak hanya berdiam diri malah telah bersiap sedia untuk memperkenalkan prototaip tablet versi mereka yang diberi nama Courier.

Berbeza dengan iPad yang berbentuk seperti sekeping papan putih kecil, gajet ini mempunyai dwi-skrin yang boleh dilipat. Mendampingi pengguna sebagai jurnal digital, ia senang dibawa lantaran beratnya kurang dari 500 gram, berketebalan kurang dari seinci dan berukuran lebih kurang sebuah bingkai foto bersaiz sederhana.

Gajet mutakhir Microsoft ini dilaporkan bakal menggunakan pemproses web bergerak terkini keluaran Nvidia - Tegra 2, yang direka khusus untuk gajet bergerak seperti tablet dan e-book.

Pemproses grafik ini menjanjikan pengalaman melayari web yang maksimum termasuk keupayaan memainkan video beresolusi tinggi 1080p, sokongan skrin sesentuh 3D dan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Ia juga dikhabarkan bakal menggunakan sistem operasi yang sama digunakan pada Zune HD dan juga Pink.


KEBANGGAAN Apple iaitu iPad kini sudah ada pencabarnya.


Skrin Microsoft Courier ini berkelebaran 7-inci dan menyokong peranti input berasaskan pen dan mempunyai aplikasi yang mampu mengenali tulisan tangan. Kelebihan ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan jurnal digital ini sama seperti buku nota.

Selain itu, Courier juga bakal dilengkapkan dengan kamera binaan dalam dan fon kepala bagi membolehkan pengguna menikmati video atau lagu kegemaran mereka tanpa mengganggu privasi orang di sekitarnya.

Seperti hampir kebanyakan gajet bergerak hari ini, Courier disertai keupayaan WiFi bagi membolehkan Internet diakses dari lingkungan yang mempunyai capaian ini. Tambah menarik, Courier juga boleh digunakan sebagai buku elektronik atau lebih popular dengan panggilan e-book.

Berbeza dengan fungsi utama iPad sebagai gajet hiburan, kegunaan Courier lebih kepada buku catatan harian atau organizer digital.

Ia membolehkan anda menjejaki dan mengemaskini temu janji, tugasan yang perlu dibuat, nombor hubungan dan juga catatan ringkas, lalu menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan sebagai sasaran utama pengguna gajet ini kelak.

Gajet ini juga dikatakan begitu fleksibel, membolehkan anda menghasilkan lukisan dan lakaran menggunakan aplikasi seperti Microsoft Paint. Selain berupaya membuat catatan dan mengambil gambar, Courier turut membolehkan pengguna melayari Internet dan membuat cekupan gambar dan teks terus dari laman web.

Sungguhpun belum ada pengesahan tentang spesifikasi sebenar gajet keluaran Microsoft ini, Courier tentunya bakal mempunyai ciri asas sebuah jurnal digital dan mampu memberikan tamparan kepada pesaingnya. Dan tidak mustahil ia akan muncul dengan beberapa 'kejutan' lain apabila dilancarkan pada pertengahan tahun ini seperti yang dirancang.

KAMERA DSRL

Kreativiti rakaman tanpa batasan




IDEA penggunaan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) dalam penghasilan karya video ataupun filem pendek mungkin akan menimbulkan tanda tanya mengenai kualiti hasil rakamannya.

Mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fotografi ataupun teknologi maklumat (IT) pasti akan tertanya-tanya sama ada kamera DSLR berkemampuan untuk menghasilkan produk setanding kamera video.

Ini kerana kebiasaannya kamera DSLR digunakan oleh jurugambar profesional ataupun amatur untuk menghasilkan foto-foto sahaja dalam hasil karya mereka.

Bahkan, saiz kamera DSLR yang kompak dan kecil juga mungkin akan menimbulkan kesangsian orang ramai kerana kita lebih terdedah dengan peralatan kamera lebih besar serta canggih ketika penggambaran dilakukan untuk filem mahupun video.

Bagaimanapun, kemampuan merakam video dalam format berdefinisi tinggi (HD) yang dibangunkan syarikat-syarikat pengeluar kamera digital hari ini membolehkan perkara di luar dugaan dilakukan dengan peranti tersebut sekali gus menambah kreativiti anak tempatan dalam bidang fotografi dan video.

Antara kamera DSLR yang dilengkapi dengan teknologi HD adalah Canon 5DMarkII, Canon 500D, Nikon D90 dan D5000.

Dengan dilengkapi teknologi tersebut, terdapat jurugambar profesional yang berani dan serius melakukan pembaharuan dalam penghasilan karya digital mereka dengan menggunakan kaedah serta teknik kamera DSLR menghasilkan video.

Ia dilakukan agar kreativiti yang diidamkan selama ini tidak terbatas dan dapat dilakukan mengikut kehendak diri mereka.

Selain itu, keinginan dalam mencari kelainan juga menjadi faktor utama kaedah tersebut dilaksanakan agar berbeza dari jurugambar-jurugambar lain.

Ini dibuktikan Pengasas dan Pengarah CST Production, Rosli Mohamed apabila menggunakan kamera DSLR secara komersial dalam pembikinan video dan filem pendek syarikat produksinya.


Rosli (kanan) berbincang bersama tenaga kerja CST Production di Ukay Perdana Kuala Lumpur.


DSLR lebih fleksibel

"Pada mulanya, memang ramai pelanggan berasa sangsi dan tidak percaya keupayaan kamera DSLR, malah sukar bagi kami meyakinkan mereka menggunakan teknologi ini. Kami bermula dengan dua tiga pelanggan terlebih dahulu untuk melihat penerimaan mereka.

"Alhamdulilah, kami berjaya membuktikan bahawa penggunaan kamera DSLR tidak mustahil dilakukan, malah hasilnya lebih menarik daripada kamera video sehingga dapat menarik minat pelanggan-pelanggan kami untuk mencuba pendekatan baru ini," katanya kepada Kosmo!.

Ujarnya lagi, kalau hendak diikutkan kualiti produk dihasilkan DSLR dan kamera video, ia hampir sama sahaja.

Katanya, antara kelebihan menggunakan kamera DSLR adalah ia mampu memberikan kesan 'bokeh' menjadikan hasil karya yang dihasilkan lebih menarik berbanding kamera video.

"Kesan bokeh merupakan satu keadaan di mana latar belakang kabur manakala subjek utama adalah jelas dan sempurna. Perkataan bokeh ini sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud kabur.

"Keadaan ini yang menjadikan video ataupun filem pendek dihasilkan lebih menarik dan menonjol daripada biasa," ujarnya lagi.

Menyorot perjalanan CST Production yang ditubuhkan pada tahun 2005, pada awalnya ia merupakan sebuah syarikat berasaskan IT tetapi enam bulan selepas itu ia ditukar kepada syarikat produksi dan banyak melakukan tugasan-tugasan rakaman video perkahwinan, syarikat korporat dan lain-lain lagi.

Rosli mula memperkenalkan penggunaan kamera DSLR pada tahun 2009 bersama penolong syarikat berkenaan iaitu Zabidi Ali untuk mencari kelainan dalam produk pembikinan syarikat mereka.

Dia juga banyak mempelajari teknik-teknik menghasilkan video menggunakan kamera DSLR melalui Internet dan membuat eksperimentasi sendiri agar dapat memberikan produk terbaik kepada pelanggan-pelanggan.


KLIP video Biarkan nyanyian Vince yang menggunakan kamera DSLR sepenuhnya.


Ujarnya, dia sentiasa mencari kelainan dalam penghasilan sesuatu hasil karya yang dilakukan untuk menarik minat pelanggan mencuba inovasi baru.

Katanya, pendekatan digunakan dalam pembikinan video dengan menggunakan kamera DSLR merupakan salah satu strategi syarikat untuk memberi pilihan kepada pelanggan dalam industri diceburi selama ini.

"Kelebihan kamera DSLR juga terletak pada pelbagai lensa yang boleh ditukar sekali gus memberikan kesan berbeza pada setiap rakaman dilakukan. Sebagai contoh, jika menggunakan lensa mata ikan (fisheye), kesan khas pada video pasti lebih menarik.

"Dalam pada itu, penggunaan lensa kamera DSLR juga membolehkan kita bermain dengan bukaan lensa itu (aparture) sekali gus menghasilkan kesan video lebih kreatif," katanya.

Tambah Rosli, penggunaan kamera DSLR dapat memberi kebebasan dan membolehkan lebih banyak sudut rakaman dapat dilakukan disebabkan saiz yang kompak serta mudah dikendalikan.

Katanya, ia juga boleh digunakan di atas alat penstabil dengan mudah berbanding penggunaan kamera video kerana saiznya lebih kecil dan ringan.

"Kalau kita menggunakan kamera video, ia lebih berat berbanding DSLR dan jika guna penstabil, mesti pakai penyokong badan.

"Bagaimanapun, dengan kamera DSLR, ia membolehkan penggunaan penstabil lebih bebas dan video yang dirakam pasti lebih kreatif kerana kita mempunyai kebebasan mutlak ketika melakukan rakaman," katanya.

Ditempah selebriti

Rosli menambah, video klip Vince Chong berjudul Biarkan dibikin sepenuhnya menggunakan kamera DSLR dan hasilnya amat mengujakan serta menarik.

Katanya, antara artis tempatan lain yang terlibat mendapatkan perkhidmatan syarikatnya ialah pelakon Umie Aida dan pengacara TV3, Saiful Nizam Ismail.

Sementara itu, penyunting video CST Production, Al Fahim Mokhtar, berkata, dia tidak menyangka DSLR mampu menghasilkan produk yang begitu menakjubkan.

"Semasa mula-mula diberitahu syarikat ingin membuat video menggunakan DSLR saya kurang yakin tetapi apabila melihat sendiri hasilnya, ia adalah sesuatu yang baru, kreatif dan menarik," ujarnya.

Bercerita mengenai perbezaan menyunting video DSLR dan kamera video, Al Fahim menjelaskan ia lebih cepat kerana tidak perlu memuat turun keseluruhan video pada komputer.

"Kita boleh memilih rakaman terbaik dengan mudah dan memuat turunnya sahaja sebelum ia disunting.


ROSLI sibuk membetulkan tripod semasa rakaman video klip Biarkan.


"Ini memudahkan kami sebagai penyunting sekali gus menjimatkan masa kerana menggunakan kamera DSLR ia tiga kali ganda lebih pantas menyunting video," katanya lagi.

Seorang lagi penyunting video syarikat berkenaan, Saiful Aziman Mazlan, berkata, aplikasi yang digunakan untuk menyunting video termasuk Final Cut Pro Studio, Adobe Premiere Pro dan Sony Vegas.

"Bagi mendapat kesan khas pula, kami menggunakan aplikasi Adobe After Effects untuk menambah kelainan dan bagi memastikan hasil kerja lebih menarik apabila ditonton," katanya.

CST Production bercadang untuk mengadakan bengkel, forum dan kursus jangka pendek untuk memperkenalkan lagi penggunaan DSLR dalam penghasilan video serta filem pendek.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penghasilan produk berkualiti tinggi menggunakan kamera DSLR boleh dilihat menerusi laman web CST Production, www.cstproduction.com.

GILA CHESS

Main catur hingga dinihari


PERTANDINGAN ini telah berlangsung di tapak bazar larut malam Uptown Shah Alam yang beroperasi setiap hari dari pukul 8 malam hingga 3 pagi.


TIDAK mudah bagi kalangan peserta untuk menumpukan minda pada gerakan buah catur dengan betul dan tepat apabila pertandingan diadakan di kawasan tumpuan orang ramai membeli-belah iaitu di bazar larut malam.

Lebih sukar, Pertandingan Catur Uptown Shah Alam 2010 memerlukan kekuatan mental dan fizikal pemain kerana ia berlangsung pada waktu malam sehingga awal pagi iaitu ketika minda dan tubuh bersedia untuk beristirehat.

Semua itu walau bagaimanapun berjaya dilalui oleh Abdullah Che Hassan, 26, yang berjaya merangkul tempat ketiga. Menurutnya, pertandingan itu sememangnya mencabar kerana peserta perlu memerah otak hampir enam jam.

"Ini kali pertama saya masuk pertandingan catur pada waktu malam sehingga awal pagi dan ia amat memenatkan kerana perlu berfikir ketika badan letih.

"Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana saya anggap ia satu pertandingan yang unik dengan memberikan pengalaman yang mencabar kemampuan diri," katanya kepada Kosmo! pada pertandingan yang berlangsung di Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Abdullah, selain memberi kelainan dari segi masa penganjuran, pertandingan berkenaan juga menawarkan satu lagi keunikan iaitu dilangsungkan di kawasan perniagaan bazar larut malam.

"Bukan sahaja terpaksa lawan perasaan mengantuk, peserta juga perlu mengawal minda supaya tidak terganggu dengan persekitaran bazar yang hingar-bingar," ujarnya.

Dia yang berasal dari Terengganu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 dan hamper.

Tempat pertama dirangkul oleh peserta Filipina, Ian Udani, 40, dengan hadiah wang tunai RM300 berserta hamper manakala tempat kedua dimenangi oleh Kamaluddin Yusof, 40, dari Shah Alam.

Pertandingan catur berkenaan menggunakan sistem pusingan Robin iaitu semua peserta berlawan dengan setiap pencabar secara serentak dalam enam pusingan. Peserta yang memperoleh mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

Menurut Duta Uptown Shah Alam, Irwan Shah, pertandingan yang merupakan anjuran Persatuan Catur Kuala Lumpur dan Uptown Shah Alam itu berlangsung dari pukul 9 malam, dan berakhir 2.30 pagi keesokannya.

"Kita pilih tempoh masa ini selaras dengan waktu operasi bazar larut malam Uptown Shah Alam bagi mewujudkan satu kelainan dan untuk menarik lebih ramai pengunjung," katanya.


AIZUL HISHAM MOHD. DOM


Ujar Irwan, pertandingan catur tersebut mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat catur yang datang dari serata Lembah Klang, Ipoh dan Johor Bahru selain terdapat penyertaan seorang lelaki warga Filipina.

"Pertandingan berlangsung dengan meriah dan para peserta berentap sesama sendiri dalam kalangan pemain yang terdiri daripada peserta seawal usia lapan tahun hingga mencecah 52 tahun," jelasnya.

Kata Irwan, pihaknya mungkin akan menjadikan pertandingan catur pada waktu malam sehingga awal pagi itu sebagai aktiviti tahunan Uptown Shah Alam dengan menarik penyertaan lebih ramai peserta dalam penganjuran akan datang.

"Selain aktiviti perniagaan, kita juga mahu jadikan Uptown Shah Alam sebagai satu destinasi rekreasi keluarga yang menarik untuk dikunjungi," ujarnya.

Tambahnya, selain catur, Dataran Usahawan Selangor Sdn. Bhd. yang menguruskan Uptown Shah Alam turut menganjurkan pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan Uptown Idol 2 dan Uptown Bintang Kecil 2. Pencariannya berlangsung sepanjang Mac 2010 dan peringkat akhir pada 10 April ini.

BAKAT BUAT FILEM

Berkarya dengan kamera tanpa pita

DFF menjadi batu loncatan untuk pembikin filem muda mengasah bakat dan membuktikan kemampuan mereka menghasilkan filem


TANABE (dua dari kanan) bersama Pengarah Pengurusan Finas, Abdul Kalid Maulod (dua dari kiri) bersama wakil rakan usahasama program DFF melancarkan program itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEHADIRAN filem-filem arahan Steven Soderbergh, Tim Burton, Quentin Tarantino, James Cameron, Steven Spielberg dan Martin Scorsese yang menyentuh jiwa mungkin membuatkan ada antara kita yang menyimpan angan-angan menjadi pengarah filem pada satu hari nanti.

Ia mungkin boleh menjadi realiti apabila buat julung-julung kalinya, Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melancarkan fiesta Filem Digital Malaysia 2010 (DFF).

Bersempena fiesta DFF itu, sebuah pertandingan produksi filem pendek diadakan yang terbuka kepada pembikin filem semi profesional dan pelajar institut pengajian tinggi. Memulakan sesi pemilihan awal sejak 15 Mac lalu sehingga 16 April ini, mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan filem pendek masing-masing.

Untuk peringkat akhir sebanyak 10 finalis bakal dipilih bagi merebut pelbagai hadiah menarik.

Bagi peserta yang berjaya kelak mereka akan mendapat persediaan latihan bersama mentor agar karya peringkat final yang dihasilkan lebih berkualiti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Sistem Perniagaan Panasonic Malaysia, Yoshiyuki Tanabe, berkata, fiesta DFF itu diadakan bertujuan untuk mendidik pembikin filem berpotensi di negara ini menghasilkan produksi video digital menggunakan format AVCHD dalam rakaman definisi tinggi (HD).

"Di samping itu, program yang diadakan juga adalah untuk mempromosikan kamera tanpa pita (tapeless) terbaru Panasonic iaitu AVCCAM di pasaran Malaysia.

"Kita berharap dengan program ini, ia dapat mendidik serta memberi pendedahan kepada industri filem tempatan mengenai teknologi kamera tanpa pita untuk diaplikasikan dalam pembikinan filem-filem," katanya.

Untuk semi profesional

Tanabe menambah, DFF juga dapat membina hubungan antara Panasonic dan institusi pengajian tinggi sekali gus membina penjenamaan AVCCAM antara para pelajar serta pembikin filem bebas.

Program yang mengambil masa selama enam bulan itu menyaksikan para finalis mempunyai masa sehingga Ogos ini untuk menyiapkan semula filem pendek mereka.

Terdapat dua tema dalam pertandingan filem pendek tersebut iaitu Budaya Malaysia untuk kategori semi profesional dan 1Malaysia bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi.

Setiap finalis yang terpilih perlu menunjukkan kreativiti mereka dalam menghasilkan filem pendek selama 10 hingga 30 minit berdasarkan tema diberikan untuk pertandingan.

Penyertaan filem pendek untuk peringkat pemilihan perlu diserahkan sebelum 16 April ini untuk memberi ruang kepada para juri membuat pemilihan 10 finalis terbaik.

Mereka yang terpilih kelak akan disediakan dengan satu set kamkoder AVCCAM Panasonic untuk menghasilkan filem pendek dan program latihan selama enam minggu di bawah bimbingan pakar serta mentor dalam industri produksi video HD.


PESERTA finalis akan menggunakan kamkoder tanpa pita terbaru Panasonic untuk melakukan penggambaran filem pendek mereka.


Antara juri dan mentor yang terlibat dalam program itu ialah U-Wei Shaari, Ho Yuhang, Anwardi Jamil, Jeffery Wong, M. Subash Abdullah, Thorpe Ali dan Zaki Abdul Rahim.

Panasonic Malaysia juga akan mengadakan pengundian di kalangan orang ramai untuk 10 filem pendek yang terpilih. Filem pendek pilihan orang ramai akan turut menerima hadiah apabila keputusannya diumumkan pada bulan Ogos ini.

Pemenang untuk Anugerah Filem Pendek Terbaik dalam kategori semi profesional akan membawa pulang satu unit AVCCAM model AG-HMC152EN dan sebuah televisyen plasma 42 inci Panasonic.

Bagi kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula, mereka berpeluang untuk memenangi AVCCAM model AG-HMC41EU dan sebuah televisyen paparan cecair kristal (LCD) 32 inci Panasonic.

Dalam pada itu, sebuah unit televisyen plasma 42 inci akan turut dihadiahkan kepada pemenang kategori semi profesional bagi anugerah Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skrip Terbaik. Kategori pelajar institusi pengajian tinggi pula, pemenang akan menerima kamera Lumix model TZ10.

Kesemua 10 finalis akan menerima sebuah piala, sijil dan kamera Lumix model TZ10 Panasonic. Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan boleh mengunjungi wakil-wakil Panasonic berhampiran atau melayari laman web www.panasonic.com.my/broadcast.

MUZIK JALANAN

Bakat pemuzik muda




DI satu sudut jalan yang dipenuhi deretan meja dan kerusi untuk pelanggan menjamu selera, seorang lelaki bersama dua anaknya mengambil tempat.

Tanpa berlengah si bapa mengeluarkan peralatan yang disimpan di dalam beg kecil yang disandangnya. Selepas membetulkan kedudukan gitar dan memeriksa bunyi audio, lelaki itu mula memberi isyarat kepada kedua-dua anaknya.

Tidak sampai sepuluh saat, irama lagu Inggeris nyanyian kumpulan The Bee Gees bertajuk, All By Myself menjadi halwa telinga pelanggan yang menjamu selera di kawasan tersebut.

Selepas habis menyanyikan beberapa lagu, seorang kanak-kanak lelaki menghulurkan kantung kecil berwarna hitam kepada orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Ada yang menghulurkan not kertas berwarna biru, hijau dan not berwarna merah. Itulah rezeki mereka pada malam tersebut.


ARMAN boleh disifatkan sebagai seorang pemuzik cilik yang profesional.


Hakikatnya pelajar berusia 12 tahun itu bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini manakala kakaknya pula akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Walaupun kedua-duanya akan menduduki peperiksaan penting, namun rutin harian membantu bapa mereka, Feisal Fakaruddin bermain muzik di jalanan tidak akan ditinggalkan.

Sebaliknya, dua beradik itu nekad menghulurkan kudrat yang ada untuk mencari rezeki yang halal dengan menjual suara di jalanan bersama bapa yang dikasihi.

Tidakkah terbit rasa malu kepada Nabila Armanda, 15, saat membuat persembahan di depan orang ramai memandangkan dia masih remaja? Jelas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai itu: "Apa yang nak dimalukan. Saya cuma membantu ayah mencari rezeki. Lagi pun kami bukan mengemis. Sebaliknya, kami menggunakan bakat yang dianugerah Allah untuk meneruskan kehidupan."

Gadis berambut ikal separas bahu itu memberitahu, aktiviti bermain muzik di jalanan baru sahaja dilakukan sejak dua tahun lalu.

Itupun atas kehendak dirinya sendiri. Dia tidak dipaksa oleh sesiapa termasuk ayahnya. Cuma, sebagai anak sulung rasa tanggungjawab untuk membantu keluarga membuat Armanda membuang jauh-jauh perasaan malu pada awal penglibatan.

Seronok bermain muzik


KETELUSAN Armanda dan Arman membantu bapa mereka mencari rezeki harus dicontohi oleh golongan remaja.


"Saya pula yang rasa seronok apabila melihat orang ramai menjerit dan tidak segan silu meminta kami menyanyikan lagu lagi setelah persembahan habis," jelas Armanda sambil tangan erat mendakap tamborin kesayangannya.

Sementara itu, bagi pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Bangsar, Arman Dien, 12, mengaku minatnya untuk bermain muzik timbul sejak berusia sembilan tahun.

Pada waktu itu, dia mula berjinak-jinak dengan bonggo kerana terpikat dengan iramanya. Menariknya, Arman tidak pernah mengikut kelas muzik secara formal tetapi hanya belajar sendiri mengikut rentak sambil dibantu oleh ayahnya.

Minat yang mendalam mendorong Arman berjaya menguasai teknik bermain bonggo dalam masa tiga bulan. Malah, jika melihat jari-jemarinya menepuk bonggo, Arman boleh dianggap sebagai pemuzik cilik profesional.

"Saya rasa seronok bermain muzik. Di samping itu, saya rasa puas apabila orang ramai yang menyaksikan persembahan kami turut bertepuk tangan mengikut irama lagu yang dinyanyikan," tutur Arman yang bercita-cita untuk menjadi polis suatu hari nanti.

Jika Armanda dan Arman gembira dapat meringankan beban orang tua mereka, Feisal atau lebih dikenali sebagai Carlos di kalangan peminatnya pula mempunyai perasaan sebaliknya.

Sebagai bapa yang bertanggungjawab mencari nafkah, sudah pasti perasaan hiba akan bertandang jauh di lubuk hati apabila melihat kesungguhan anak-anaknya menghulurkan bantuan.

Benar, itu yang dirasai oleh Carlos, 46, ketika mula-mula membawa dua permata hati kesayangannya untuk bermain muzik di jalanan.




"Memang saya terharu dengan sikap Armanda dan Arman yang tidak segan silu membuat persembahan bersama saya. Kalau boleh, saya memang tidak mahu mereka berbuat demikian," ungkap Carlos yang berpengalaman lebih 15 tahun bermain muzik di jalanan.

Namun, Carlos terpaksa akur dengan permintaan anak-anaknya yang benar-benar ikhlas untuk membantunya meringankan beban keluarga.

Tanpa segan silu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkongsi bahawa dengan rezeki itulah yang menyara kehidupan keluarganya sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebagai keluarga busker iaitu mencari rezeki dengan menghiburkan orang ramai di jalanan, Carlos bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Bakat bermain muzik, anak-anak yang baik dan isteri yang memahami menguatkan lagi semangatnya meneruskan kerjaya itu.

"Mungkin ramai yang memandang hina terhadap kerjaya sebegini, namun saya tidak ambil peduli. Apa yang penting, saya hanya mempertaruhkan bakat yang dianugerahkan untuk menghiburkan orang ramai sekali gus mencari rezeki dengan cara halal," tegasnya sambil mengakui kerjaya pemuzik jalanan di luar negara lebih dihormati berbanding di negara ini.

Perasaan tersebut turut dikongsi isterinya, Suhaili Sani yang sedih apabila saudara-mara mereka yang mengutuk tindakan suaminya membawa Armanda dan Arman bermain muzik.

Namun, semua keperitan itu ditelan oleh pasangan suami isteri tersebut.


SUHAILI (kiri) menemani kedua-dua anaknya Armanda (tengah) dan Arman mengulangkaji pelajaran.


Lama-kelamaan suara-suara sumbang itu langsung tidak kedengaran memandangkan Armanda dan Arman dapat menyeimbangkan antara akademik dan bermain muzik.

Biasanya pada waktu siang, selepas pulang dari sekolah, Armanda dan Arman akan mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberi guru.

Mereka juga rajin menjaga adik bongsu, Lucqan Firdhause yang berusia setahun dua bulan dan melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.

"Hanya pada sebelah malam, mereka akan mengikut Carlos bermain muzik di sekitar Kuala Lumpur," terang Suhaili ketika ditemui di rumahnya yang terletak di PPR Kerinchi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Tambah wanita berusia 37 tahun itu, suami dan anak-anaknya akan menunggang motosikal untuk ke lokasi persembahan.

Bagaimanapun, jika hari hujan mereka terpaksa duduk di rumah.

Selain membuat persembahan di jalanan, keluarga pemuzik itu juga menerima jemputan daripada individu yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

Sebarang pertanyaan, hubungi Carlos di talian 012-350 1756.